Friday 8 February 2013

KARMA.



karma ? maksud karma yang aku gogel ni ha :

KARMA membawa maksud bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.

Begitu juga ajaran Islam, di mana setiap perbuatan kita ada la pembalasannya.. jika baik perbuatan kita, cukup amalan kita, insyaAllah syurga menanti tapi kalau sebaliknya Nauzubillah.... 
Senang cakap, kalau bahasa omputih yang kita selalu pakai ,

"what you give, you get back"

"what goes around comes around"

Orang cakap hidup ni macam karma , kejap kite kat atas . kejap kite kat bawah . jangan terlalu riak dan takbur sangat bile kite kat atas , tak mustahil nanti kite pulak ada kat bawah . 

contoh macam drama setia hujung nyawa tu ( bagi contah yang femes saje , hihi ) 
bile zain dapat tahu si Ersalina mengandung sebelum nikah , lepas tu bukan main die seksa si el sampai korang2 sume maki2 depan tb kan ? kan ? sama la macam aku gak . hahaha. 

pastu bile si zain dah boleh terima si el , mak zain pulak dapat tahu el penah mengandung sebelum nikah angkara si kawan yang busuk hati itu . si mak zain pulak yang seksa si el tu . sampai la end of the story , rupe2 nye zain pon penah rosakkan anak dara orang dan tinggal pompuan tu macam tu je . baru la mak zain menyesal bagai sume . biasa la episod last sume orang jadi baik kan . hehehe. 

moral of the story ye adik2 , jangan terlu mengutuk , menghina orang kalau orang buat salah . fikir kita jugak manusia yang tak lepas lakukan kesalahan . tak mustahil benda yang sama jugak akan berlaku dekat kita . kalau tak sekarang mungkin nanti . 

dan ....


kalau hari ini kita buat seseorang menangis kerana di aniaya kita, tunggu jer la, satu masa nanti kita pulak yang akan di aniaya dan menitiskan air mata. 

Bila kita nak buat sesuatu yang membawa kesusahan dan penganiayaan kepada orang lain, fikir sama macam mana suatu hari nanti kita pula akan menerima nasib yang sama, tak mustahil jika nasib kita lebih teruk dari orang yang kita kenakan tu.

Entry ni tiada berkaitan dengan sape2, just nak share je . untuk diri sendiri jugak . sampai sini je la bicara pada hari ini . daa .

salam jumaat :) 




3 comments:

Princesa3290 said...

Hiii!Blogwalking! ;)

MAIZATUL ASYIQIN said...

A Girl Like You : hi .. tq :)

Anonymous said...

hanya Allah yg mengetahui.
salam knl :)